Saturday, November 16, 2013

klinik perubatan lita alis putrajaya

Kenangan x bkh dilupakn krn first time pg klinik swasta layanan mcm kt krjaan. Aku kena tonsilitis atau tekak bengkak. Mlm tu demam truk. Preggy 21week. So laki anta klinik ni sbb dkt ngan rumah. Pg je msuk n doktor cek n ckp xde dmm. Doktor, I had my pcm 2hours before I came herr. Of course dmm dh kebah. Then cek mmg bgkak n merah. Pastu tny aku pregnant brp bln. Saje tny dktor tu leh ke sy Amik antibiotik. Then jwpn yg mengejutkn "sy dktor, mestila sy tau nk bg ubt ape. Kan sy dh tny prgnanr brp bln td." Waa....kpla ngah sakit ni. Nk ngis je rsanya... pastu dgr dia ckp nk  bg ubt dmm. Doc sy dh ada pcm kt rmh. Byk lg. Dia diam je. Then kuar g kauntee, nurse still bg pcm. Ckp elok2 ngan dia sy dh ada pcm dh ckp ngn dktor, nape bg lg? Dia kta dktor yg tulis xleh xamik. Nnt kami band awknya mc. Mak ai.... sabar jela.. cara ckp mcm nk mrh je. Aku thn ngis lg. Dlm keta bru bgtau laki aku. Dia nk g tny org tu tp aku  mls nk bsar2kn.blik tu ngis puas2 kt rmh. Sedih sgt..byr mhl. Dh tau preggy bg ubt byk2 lg. Hm.. aku boikot smpi bila2 klinik ni.xnk pg dh..sedih...

Tuesday, July 2, 2013

alistra zara episod 3

spm bakal muncul x lama lagi. aku dan rakan - rakan sibuk menyiapkan apa yang tertangguh. mata pelajaran yang kami tidak ketahui akan kami sedaya upaya mencari penyelesaiannya. duduk di asrama banyak masa untuk mengulang kaji pelajaran. aku dan zharif dah lama tidak berhubung. seminggu sekali sahaja kami berjumpa. di kelas kami berkelakuan seperti bukan pasangan kekasih. dia ku lihat semakin kuat belajar. zharif dahla pandai orangnya. pmr dulu dia mendapat keputusan 7a 1b berbanding aku yang mendapat 4a 4b sahaja. aku doakan semoga dia mendapat keputusan yang cemerlang untuk spm ini kerana ku tahu dia harapan keluarga. sedang ku mentelaah pelajaran, handphone ku berbunyi, ku capai dan cepat - cepat ku keluar pondok bagi mengelakkan didengari orang lain. ku lihat namanya tertera.
"assalamualaikum awak.." lembut suaranya menyentuh hati ini.
"waalaikumsalam.." balas ku bersahaja. tidakla aku mahu kelihatan lemah pada suaraku.
" awak,rindu lah. hari - hari tengok awak kt kelas tapi xdapat borak dengan awak, rasa xbest lah." pandai dia berkata - kata.
" hahahaha..awak ni pandai je melawak ea.. x study ke? tulah,tuisyen xnak datang. nanti mula lah xtau jawapan la,itula, inila.." ngomelku padanya. ku dengar dia bergelak ketawa di telingaku. suka betul dia aku bebel.
" awak, kalau habis spm ni awak nak buat apa? saya nak kerja part time la. nanti lagi susah lah kita nak jumpa. awak mesti duduk rumah je kan sebab ibu n ayah x kasi keluar sangat kan." soal zharif kepadaku.
" xtaulah awak.saya ingat nak kerja jugak tapi takut nanti xde transport nak ke pekan ni. awak duduk dekat sini bolehlah.. say nak tanya ni, nanti awak nak apply belajar kat mana?" soalku kepadanya.
" awak nak apply mana? kita apply je semua yang boleh,tengok mana yang boleh dapat nak. mintak lah sama - sama. nanti boleh kita jumpa selalu." lorohnya kepadaku.
tidak ku sedari kami telah berbual selama sejam. waktu prep pun telah habis. rakan - rakan lain semuanya telah keluar dari bilik prep. junior - junior lalu lalang di depanku. tidak ku endahkan mereka.
setelah selesai aku meneruskan mentelaah mana yang ku tidak sempat sentuh tajuknya tadi.


Thursday, June 20, 2013

alistra zara episod 2

dah 2 minggu kami declaire sebagai pasangan couple. tiap malam masa aku dan rakan - rakan mentelaah di bilik prep kami, ketika itulah aku bermesej dan kadang kala berhubung dengannya. rahsia masih tersimpan. di dalam kelas dan di sekolah kami masih tidak bertegur sapa, hanya tersenyum sesama sendiri. bila malam, kami membincangkan apa yang berlaku. aku merasaka ada orang yang telah tahu hubungan kami ini, azuan dan rosli dah mula mengesyaki. aku dan zharif hanya buat seperti biasa.

jam menunjukkan 10 pagi. tiba waktu rehat. aku melangkah keluar berseorangan kerana ingin ke tandas. puas aku tahan kencing semata - mata taknak terlepas kelas cikgu mariam. SP dah dekat, tepaksalah aku lebihkan usaha untuk keputusan yang membanggakan ibu dan ayah. ketika berjalan melihat pokok - pokok yang menghijau, terdengar suara memanggilku. 'owh azuan rupanya.' detik hati ku.
" zara, aku nak tanya kau sesuatu ni. tapi janji kau jangan tipu aku. aku dah tahu semuanya. zharif dah cerita dengan aku. tapi aku nak kepastian dari kau. betul ke korang dah couple? apa ribut taufan melanda korang ni sebab setahu aku korang tak bertegur sapa. tak pernah plak aku tengok korang bertegur. kau ni nak permainkan zharif ke apa? bukan kau dengan syarul ke" bertalu soalan si azuan ni. aku dengar je dengan senyuman.
" azuan, menjelang kau dah tahu ni. boleh lah aku cerita. penat juga couple senyap - senyap ni, takut dia macam tak serius plak. aku memang  suka dia. aku terima dia sebab aku suka karakter dia. sejak tingkatan 3 lagi. tapi aku tak berkesempatan. lepas dia balas mesej aku dan mula mesej - mesej aku dulu baru aku tahu dia ni pun ada hati ngan aku. aku ngan syarul dah tak ada apa - apa. sejak dia pindah sekolah lagi. aku tahu dia ada perempuan lain kat sekolah teknik tu." balasku penuh berhemah.
" baguslah kalau kau cakap macam tu sebab aku tahu zharif tu macam mana. dia baik. tak pernah dia serius camni ngan perempuan. sebab tu aku terkejut tengok korang boleh couple. sekelas plak tu." celah azuan lagi.
setelah kami berbincang dan bergelak ketawa, ku lihat zharif keluar dari tandas lelaki. cepat - cepat aku melangkah masuk ke tandas melepaskan hajat yang tertangguh dek kerana sibuk melayan si azuan ni. zharif tersenyum lagi. mungkin dia dah tahu apa yang kami bincangkan tadi. segannya aku. ' argh..memanjang segan je kau ni zara' mengomel ku keseorangan.

Wednesday, June 19, 2013

alistra zara episod 1

waktu menunjukkan pukul  7.30 pagi. wisel telah berbunyi.junior semua turun ke dataran untuk berhimpun. aku pula sibuk melakukan last spotcheck di setiap dorm sebelum kami ke sekolah. baju yang tergantung dan cadar yang tidak kemas ku rampas dan ku tarik cadarnya dari tilam. itulah rutin harianku di asrama sekolah. aku ditugaskan sebagai ajk kebersihan, memastikan setiap sudut asrama bersih dari segala kekotoran. kedengaran suara alin dari bilik prep kami " zara, cepatla turun, semua dah gerak ni. nanti lambat nak pergi perhimpunan! " laung alin rakan baikku.

sedang ku berjalan ke perhimpunan sekolahku, kelibat dia dan rakan - rakannya kelihatan. tersenyum ku keseorangan sambil berjalan. alin memandang ku penuh kehairanan. menyedari diriku yang kelihatan pelik,terus ku ketawa sambil memeluknya.
 'bosannya perhimpunan ni..' detik hatiku. tak sabar rasanya nak mulakan kelas setelah ku tahu dia juga didalam kelas yang sama.
" zara, kenapa kau gembira sangat sejak balik dari cuti mc kau ni?" alin menghidupkan suasana di barisan kami.
" tak ada apa - apa lah alin. aku ok je.gembira sebab aku xde parut demam campak aritu." balasku sekadar menyedapkan hatinya.

perhimpunan selesai dengan bacaan doa. kami pulang ke kelas masing - masing.  sedangku menaiki tangga, kelihatan sekumpulan lelaki di tangga sedang melepak. ' mesti diorang ni xpegi perhimpunan. ' detik hatiku. aku pun melangkah malas bersama alin. tiba -tiba ku lihat dia sedang memandangku dengan senyuman,
'aduh..camne aku nak lalu ni.kenapa dia ada kat sini? susahnya.. ok ke aku arini?' berdebar hati ini tatkala melepasi dia. bermacam persoalan bermain di fikiran. rasa serba tak kena. aku gagahkan jua melangkah melepasinya. alin kehairanan, rakan - rakan yang lain juga kehairanan. aku seperti patung yang berjalan, melangkah penuh berhati - hati untuk mengelakkan sebarang kemalangan yang boleh memalukan diriku. sebelum ini aku tidak seperti ini, aku seorang yang selamba bila berhadapan rakan - rakan ku yang lain. tetapi aku berubah sama sekali setelah pulang dari bercuti kerana demam campak ku tempoh hari.

zharif. itulah nama yang merubah hidupku selamanya.  rakan kelas ku sejak ku di tingkatan 3. sejak aku dinaikkan kelas dari kelas kedua, aku mula mengenal lelaki ini. perwatakan yang selamba, pendiam dan jarang berbual dengan wanita menyebabkan aku dan rakan - rakan sering berbual dan bergurau siapa yang menjadi teman wanitanya ialah wanita yang bertuah. akhirnya setelah kami di tingkatan lima, selepas kami mula bermesej melalui handphone masing - masing, dia mula meluahkan perasaannya kepadaku. betapa bahagianya hidupku ketika itu. aku rasa sungguh bertuah memiliki dirinya. rasa bersemangat ingin ke sekolah. tidak sabar ingin pulang dari bercuti, semuanya yang aku fikirkan hanyalah dia dan sekolah kerana di sekolah sahaja kami boleh bertemu. rakan - rakan dia dan rakan - rakanku seorang pun tidak mengetahui mengenai situasi kami. sengaja aku dan dia merahsiakan dari semua orang.

" kelas ni buat aku mengantukla ilyani.." luahku kepada rakan sebelahku. aku lihat sekeliling semuanya mula menundukkan kepala menghadap meja.
kepala ni teringin sekali melihat ke belakang. melihat apa yang zharif sedang lakukan ketika ini.
aku beranikan diri melihat kebelakang, lega hati ini melihat dia tidak merenungku seperti biasa. aku lihat dirinya sedang tidur dengan selambanya meletakkan kepala dimeja tanpa ditegur oleh guruku. ah, cikgu meriam bukan layan pun muridnya yang dibelakang. dia sendiri pun sibuk menyemak buku latihan kami.

to be continue........

Sunday, December 30, 2012

selamat tinggal alor setar kedah..part 1..

assalamualaikum w.b.t. kepada sume warga blogger...dah lama rasanya saya x update blog ni..ingat study post basic ni senang,rupenya susah smpi sy xde masa nak update blog. skg ni saya nak cerita kan mengenai kedah yg sy telah menetap slma 6 bulan ni..
first of all,sorry if what i will say after this make some people feel angry or mad..it just come out from deep of my heart. for the first time jejak kaki kat sini,i feel lonely.. maybe sbb xde kawan lagi..
then sy jmpa kawan dr sungai petani kedah yg sama amik course ngn saya. suhaila nma nya.sama mcm nma adik saya... n for information,my last name is suhaida.huhuhu... so kami pun berkawan shgga skg..Alhamdulillah..
kami byk habiskn masa bersama. keluar makan, jalan2, dan makan,dan makan..wee...bdn kecik tp mkn byk..
ye,satu sy banggakan ngn org kedah ni ialah diorg  sgt pandai memasak.mungkin faktor tempat dimana diorg dekat ngn thailand buatkan mereka masak pun mcm org thailand. sy naik smpi 3 kg dlm masa 6bln kt sini.smpi hubby pun tgur kata u look happy with your body..yea... he love it..huhuhu... antara tempat makan yg kami pergi yg blh suggest kt org ialah samudera restaurant. dekat hutan kampung. harga murah,makanan best. cme ada sstgh mknn tu mcm biasa je. tp harga sgt berpatutan.ada tmpt mkn dduk bersila dan keadaan tmpt yg sgt natural. byk pokok2. cme tepi jalan menghala ke tudm kepala batas tu.
joned cafe sebelah balai polis alor setar. kebetulan jalan2 jmpa tmpt mkn kt situ. hrga blh tahan murah. mkn sedap.serius sedap.sate dia erm....terbaik.. cuma kuew tiaw dia sedang2 shj sbb kwn sy mkn,dia kata xbest sgt. tp overall, the place is amazing. kedai biasa tp mknn yg sgt sedap. (order yg lain la).
then ktrg pernah juga sampai ke grill and shabu2 dia tesco mergong. hrga sekepala cume rm19.90. ok,mknn xbrpe byk.kira xbyk choice la.tp ok la.ada aiskrim,seafood,ayam,daging utk grill. the best is rempah2 yg diperap bila grill n makan,wah...sgt syok owh.... sedap. lain  tu,biasa2 shj.
  then kami pernah ke kuala kedah.ada sebuah restoran kat situ nama rakok seafood. ok,situ rmi thailand.maybe the chef also is a thiland person coz the food is awesome. best. hrga mcm biasala..kami ni cari yg murah je.but overall,must go klu ke kuala kedah.
  ok then kami ke alor setar mall,kat sana msa balik kami jumpa satu restoran tomyam tapi laaa...lupa nama dia. mknn kt sana..bolehla..kebetulan tgh lapar.. tomyam sedap..mcm biasala kt kedah ni tomyam xsdp,tutup jla restoran tu.hahaha..
pastu kt kwsn kami sendiri kt jalan langgar,dkt rmh sewa aku ada mcm2 jenis kedai mkn dan byk pilihan.so xde mslh la klu aku ni nk mncri mknn. hot kuwali.. kedai mkn harian kami @ tmpt kami study ramai2.
mkn kt situ best.harga best cuma byk nyamuk sbb kat sana sblh sawah padi. biasala kedah jelapang padi la katakan.
then kami ke ainey seafood.kat sana mknn yg wajib order ialah daging padpid. syokkk owhh...first time mkn mknn cmtu..yg lain mknn dia biasa je. xbest sgt pun.hihihi..jahat aku ni.
then dpn hospital kami iaitu hospital sultanah bahiyah, ada satu kedai mkn yg mnghidangkan mknn roti arab. aritu masa kena sengat tebuan, aku mkn kt situ,best jgk.tp mkn roti arab je sbb masa tu xselera mkn yg lain.sakit lagi penting. ok,sedap jgk. hrga pun ok.cme kedai btl2 tepi jalan ni aku kureng sikit sbb asap2 kenderaan blh kena mknn.not my choice...
ok,thats my story about food.yes,i'm crazy about food...eventhough org kata aku mkn mcm bela saka sbb bdn kecik tp mkn byk.huhuhu...
nnt part 2 aku cite psl kerenah nya org2 kedah ni....coming soon..nak sidai baju jap...

Saturday, August 25, 2012

novel online will be revealed soon...

sy akan memulakan projek novel online yg telah sy tangguhkn sekian lama.harap kamu semua berminat. free e kt cni..sy akan update dari masa ke semasa...nantikan.......

Thursday, August 2, 2012

prelaunchX Invitation..no need to pay anything...

prelaunchX Invitation: You're invited to join prelaunchX.come n join us without to withdraw your money..