Wednesday, June 19, 2013

alistra zara episod 1

waktu menunjukkan pukul  7.30 pagi. wisel telah berbunyi.junior semua turun ke dataran untuk berhimpun. aku pula sibuk melakukan last spotcheck di setiap dorm sebelum kami ke sekolah. baju yang tergantung dan cadar yang tidak kemas ku rampas dan ku tarik cadarnya dari tilam. itulah rutin harianku di asrama sekolah. aku ditugaskan sebagai ajk kebersihan, memastikan setiap sudut asrama bersih dari segala kekotoran. kedengaran suara alin dari bilik prep kami " zara, cepatla turun, semua dah gerak ni. nanti lambat nak pergi perhimpunan! " laung alin rakan baikku.

sedang ku berjalan ke perhimpunan sekolahku, kelibat dia dan rakan - rakannya kelihatan. tersenyum ku keseorangan sambil berjalan. alin memandang ku penuh kehairanan. menyedari diriku yang kelihatan pelik,terus ku ketawa sambil memeluknya.
 'bosannya perhimpunan ni..' detik hatiku. tak sabar rasanya nak mulakan kelas setelah ku tahu dia juga didalam kelas yang sama.
" zara, kenapa kau gembira sangat sejak balik dari cuti mc kau ni?" alin menghidupkan suasana di barisan kami.
" tak ada apa - apa lah alin. aku ok je.gembira sebab aku xde parut demam campak aritu." balasku sekadar menyedapkan hatinya.

perhimpunan selesai dengan bacaan doa. kami pulang ke kelas masing - masing.  sedangku menaiki tangga, kelihatan sekumpulan lelaki di tangga sedang melepak. ' mesti diorang ni xpegi perhimpunan. ' detik hatiku. aku pun melangkah malas bersama alin. tiba -tiba ku lihat dia sedang memandangku dengan senyuman,
'aduh..camne aku nak lalu ni.kenapa dia ada kat sini? susahnya.. ok ke aku arini?' berdebar hati ini tatkala melepasi dia. bermacam persoalan bermain di fikiran. rasa serba tak kena. aku gagahkan jua melangkah melepasinya. alin kehairanan, rakan - rakan yang lain juga kehairanan. aku seperti patung yang berjalan, melangkah penuh berhati - hati untuk mengelakkan sebarang kemalangan yang boleh memalukan diriku. sebelum ini aku tidak seperti ini, aku seorang yang selamba bila berhadapan rakan - rakan ku yang lain. tetapi aku berubah sama sekali setelah pulang dari bercuti kerana demam campak ku tempoh hari.

zharif. itulah nama yang merubah hidupku selamanya.  rakan kelas ku sejak ku di tingkatan 3. sejak aku dinaikkan kelas dari kelas kedua, aku mula mengenal lelaki ini. perwatakan yang selamba, pendiam dan jarang berbual dengan wanita menyebabkan aku dan rakan - rakan sering berbual dan bergurau siapa yang menjadi teman wanitanya ialah wanita yang bertuah. akhirnya setelah kami di tingkatan lima, selepas kami mula bermesej melalui handphone masing - masing, dia mula meluahkan perasaannya kepadaku. betapa bahagianya hidupku ketika itu. aku rasa sungguh bertuah memiliki dirinya. rasa bersemangat ingin ke sekolah. tidak sabar ingin pulang dari bercuti, semuanya yang aku fikirkan hanyalah dia dan sekolah kerana di sekolah sahaja kami boleh bertemu. rakan - rakan dia dan rakan - rakanku seorang pun tidak mengetahui mengenai situasi kami. sengaja aku dan dia merahsiakan dari semua orang.

" kelas ni buat aku mengantukla ilyani.." luahku kepada rakan sebelahku. aku lihat sekeliling semuanya mula menundukkan kepala menghadap meja.
kepala ni teringin sekali melihat ke belakang. melihat apa yang zharif sedang lakukan ketika ini.
aku beranikan diri melihat kebelakang, lega hati ini melihat dia tidak merenungku seperti biasa. aku lihat dirinya sedang tidur dengan selambanya meletakkan kepala dimeja tanpa ditegur oleh guruku. ah, cikgu meriam bukan layan pun muridnya yang dibelakang. dia sendiri pun sibuk menyemak buku latihan kami.

to be continue........

No comments:

Post a Comment