Thursday, June 20, 2013

alistra zara episod 2

dah 2 minggu kami declaire sebagai pasangan couple. tiap malam masa aku dan rakan - rakan mentelaah di bilik prep kami, ketika itulah aku bermesej dan kadang kala berhubung dengannya. rahsia masih tersimpan. di dalam kelas dan di sekolah kami masih tidak bertegur sapa, hanya tersenyum sesama sendiri. bila malam, kami membincangkan apa yang berlaku. aku merasaka ada orang yang telah tahu hubungan kami ini, azuan dan rosli dah mula mengesyaki. aku dan zharif hanya buat seperti biasa.

jam menunjukkan 10 pagi. tiba waktu rehat. aku melangkah keluar berseorangan kerana ingin ke tandas. puas aku tahan kencing semata - mata taknak terlepas kelas cikgu mariam. SP dah dekat, tepaksalah aku lebihkan usaha untuk keputusan yang membanggakan ibu dan ayah. ketika berjalan melihat pokok - pokok yang menghijau, terdengar suara memanggilku. 'owh azuan rupanya.' detik hati ku.
" zara, aku nak tanya kau sesuatu ni. tapi janji kau jangan tipu aku. aku dah tahu semuanya. zharif dah cerita dengan aku. tapi aku nak kepastian dari kau. betul ke korang dah couple? apa ribut taufan melanda korang ni sebab setahu aku korang tak bertegur sapa. tak pernah plak aku tengok korang bertegur. kau ni nak permainkan zharif ke apa? bukan kau dengan syarul ke" bertalu soalan si azuan ni. aku dengar je dengan senyuman.
" azuan, menjelang kau dah tahu ni. boleh lah aku cerita. penat juga couple senyap - senyap ni, takut dia macam tak serius plak. aku memang  suka dia. aku terima dia sebab aku suka karakter dia. sejak tingkatan 3 lagi. tapi aku tak berkesempatan. lepas dia balas mesej aku dan mula mesej - mesej aku dulu baru aku tahu dia ni pun ada hati ngan aku. aku ngan syarul dah tak ada apa - apa. sejak dia pindah sekolah lagi. aku tahu dia ada perempuan lain kat sekolah teknik tu." balasku penuh berhemah.
" baguslah kalau kau cakap macam tu sebab aku tahu zharif tu macam mana. dia baik. tak pernah dia serius camni ngan perempuan. sebab tu aku terkejut tengok korang boleh couple. sekelas plak tu." celah azuan lagi.
setelah kami berbincang dan bergelak ketawa, ku lihat zharif keluar dari tandas lelaki. cepat - cepat aku melangkah masuk ke tandas melepaskan hajat yang tertangguh dek kerana sibuk melayan si azuan ni. zharif tersenyum lagi. mungkin dia dah tahu apa yang kami bincangkan tadi. segannya aku. ' argh..memanjang segan je kau ni zara' mengomel ku keseorangan.

No comments:

Post a Comment