Tuesday, July 2, 2013

alistra zara episod 3

spm bakal muncul x lama lagi. aku dan rakan - rakan sibuk menyiapkan apa yang tertangguh. mata pelajaran yang kami tidak ketahui akan kami sedaya upaya mencari penyelesaiannya. duduk di asrama banyak masa untuk mengulang kaji pelajaran. aku dan zharif dah lama tidak berhubung. seminggu sekali sahaja kami berjumpa. di kelas kami berkelakuan seperti bukan pasangan kekasih. dia ku lihat semakin kuat belajar. zharif dahla pandai orangnya. pmr dulu dia mendapat keputusan 7a 1b berbanding aku yang mendapat 4a 4b sahaja. aku doakan semoga dia mendapat keputusan yang cemerlang untuk spm ini kerana ku tahu dia harapan keluarga. sedang ku mentelaah pelajaran, handphone ku berbunyi, ku capai dan cepat - cepat ku keluar pondok bagi mengelakkan didengari orang lain. ku lihat namanya tertera.
"assalamualaikum awak.." lembut suaranya menyentuh hati ini.
"waalaikumsalam.." balas ku bersahaja. tidakla aku mahu kelihatan lemah pada suaraku.
" awak,rindu lah. hari - hari tengok awak kt kelas tapi xdapat borak dengan awak, rasa xbest lah." pandai dia berkata - kata.
" hahahaha..awak ni pandai je melawak ea.. x study ke? tulah,tuisyen xnak datang. nanti mula lah xtau jawapan la,itula, inila.." ngomelku padanya. ku dengar dia bergelak ketawa di telingaku. suka betul dia aku bebel.
" awak, kalau habis spm ni awak nak buat apa? saya nak kerja part time la. nanti lagi susah lah kita nak jumpa. awak mesti duduk rumah je kan sebab ibu n ayah x kasi keluar sangat kan." soal zharif kepadaku.
" xtaulah awak.saya ingat nak kerja jugak tapi takut nanti xde transport nak ke pekan ni. awak duduk dekat sini bolehlah.. say nak tanya ni, nanti awak nak apply belajar kat mana?" soalku kepadanya.
" awak nak apply mana? kita apply je semua yang boleh,tengok mana yang boleh dapat nak. mintak lah sama - sama. nanti boleh kita jumpa selalu." lorohnya kepadaku.
tidak ku sedari kami telah berbual selama sejam. waktu prep pun telah habis. rakan - rakan lain semuanya telah keluar dari bilik prep. junior - junior lalu lalang di depanku. tidak ku endahkan mereka.
setelah selesai aku meneruskan mentelaah mana yang ku tidak sempat sentuh tajuknya tadi.


No comments:

Post a Comment